Kamus Dewan Serbaguna

Kera:

1. Sejenis haiwan spesis monyet.
2. Analogi peribahasa: Bermaksud individu yang jahil dalam memahami dan menghayati sesuatu.
3. Konteks blog ini: Wanita yang mempermainkan kewajiban tudung, bertudung secara pura-pura, bertudung tidak sungguh-sungguh dan bertudung demi fesyen.

Mitos Yang Dipercayai Kera Bertudung (Free Hair Wajib Baca)

Anda tahu apa itu mitos. Mitos adalah kepercayaan karut atau yang tidak mempunyai asas.

Kera bertudung dan wanita-wanita Islam 'free hair' mempercayai satu kenyataan mitos. Berpegang pada mitos ini, mereka mempertahankan tindakan mereka untuk kekal "free hair" dan bertudung sambil memakai pakaian sendat dan ketat.

Mitos tersebut adalah:

Tudung itu bukan paksaan. Tidak bertudung pun tidak mengapa, asalkan hati baik..Kalau bertudung pun tetapi hati busuk buat apa ?

Hujah membatalkan mitos:

Tuntutan diri seorang Muslim Muslimah terbahagi kepada 2 iaitu kewajiban zahir dan batin. Kedua-dua kewajiban insan ini sama penting di dalam Islam. Ibarat menilai sebiji buah, semua pembeli akan memandang bukan sahaja kualiti isinya, tetapi juga kecantikan kulit luarnya. Islam menyuruh setiap wanita Islam agar menutup aurat dan juga menjaga akhlak dalaman mereka pada masa yang sama. Tidak berkualiti jika menutup aurat tetapi hati busuk dan juga tidak berkualiti jika hati baik tetapi tidak menutup aurat.

Perlu diingat bahawa tiada insan yang mampu sampai ke tahap sempurna. Tidak kisah sedikit atau tinggi tahapnya, apa yang penting dalam Islam adalah WAJIB ada niat ikhlas dan usaha sungguh-sungguh untuk menutup aurat dengan penuh dan menjaga akhlak masing-masing. Maka, jika sekadar hati baik tetapi tiada langsung usaha untuk menutup aurat dengan sepenuhnya adalah berdosa.

Menutup aurat adalah tuntutan zahir yang dikategorikan WAJIB dalam Islam bukannya sekadar PERLU atau MESTI kerana aurat adalah kunci kepada SAHnya ibadah-ibadah dalam Islam khasnya Solat, Umrah dan Haji. Aurat WAJIB dijaga kerana aurat wanita sangat mudah dijadikan dan dimanipulasikan sebagai daya penarik ke arah maksiat mata dan zina. Kecantikan tubuh badan wanita Islam dilindungi dan dirahsiakan oleh konsep aurat. Maka, jika ada yang mengatakan wanita yang mengatakan "tidak kisah tidak menutup aurat, asalkan hati baik..", itu adalah sangat salah dan bertentangan.

Bagi mereka yang bertudung sempurna tetapi hati busuk, mereka sudah selesai urusan menutup aurat yang diarahkan Allah. Soal sikap dan kebusukan hatinya, adalah soal dosa yang lain pula. Namun, golongan ini sentiasa dituntut untuk menyeimbangkan kecantikan dalam dan luar mereka agar dikenali sebagai Muslimah sejati.

Sebaliknya, wanita Islam yang sengaja tidak mahu bertudung@menutup aurat akan terus berdosa besar selagi tidak bertaubat, tidak kira walaubagaimana baik hatinya kerana hukum menutup aurat di hadapan bukan muhrim itu adalah WAJIB bagi wanita Islam sama seperti konsep menutup aurat di dalam Solat. Ada sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi:

"Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj (dedah aurat dan berhias-hias)".

Fikir-fikirkanlah wahai wanita Islam yang masih "free hair".


**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin

Wanita Kategori Kera Bertudung ?

Kera;
Definisi 2 dan 3
..................................


Respect. Hormat Dan Tahniah kepada wanita-wanita Islam telah bertudung dengan sederhana dan sempurna iaitu wanita-wanita yang menyesuaikan dan memadankan tudungnya dengan set pakaian yang sederhana, sopan dan menepati hukum Islam.

Namun, terdapat satu golongan yang bertentangan dengan golongan mulia di atas iaitu golongan wanita Islam yang bertudung dengan tidak bersungguh-sungguh dan memadankan tudungnya dengan pakaian-pakaian yang terang-terangan diharamkan Islam iaitu yang nipis, jarang, ketat dan sendat.

Begitulah rupanya bila kera memakai tudung.

Ciri-ciri mengenal kera memakai tudung adalah seperti berikut:

1. Bertudung tetapi nampak rambut.
2. Bertudung tetapi baju sendat peluk tubuh.
3. Bertudung tetapi baju singkat paras pinggang sahaja.
4. Bertudung tetapi seluar jeans sendat.
5. Bertudung tetapi pakai LEGGING.
6. Bertudung tetapi kebaya ketat ikut bentuk badan.
7. Bertudung tetapi baju kurung jarang, pakai singlet di dalam.
8. Bertudung tetapi baju T-Shirt lengan pendek.

Cuba perhati sekeliling anda. Ramai tak 'kera' ?

**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin

Buat-Buat Tidak Tahu Bahawa Tudung Itu Wajib.

Solat rukun Islam pertama. Semua Muslim dan Muslimah wajib mengerjakan solat.

Telah disyaratkan bahawa wanita Islam yang mahu solat mereka 'SAH' di sisi Allah, mereka wajib menutup aurat tubuh badan mereka. Pakaian khusus untuk Solat bagi wanita Islam ini dipanggil 'kain telekung'. Kain telekung ini mencerminkan konsep memelihara aurat yang paling sempurna semasa Solat dan juga untuk dilaksanakan di kehidupan luar. Maksud aurat dalam Islam cukup jelas iaitu wanita Islam wajib merahsiakan@menutup bahagian-bahagian tubuh badan mereka kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.

“Dari ‘Aisyah Radiallahu ‘anha sesungguhnya Asma’ binti Abi Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya.

Baginda bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini… Lalu Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.

(Hadis riwayat Abu Daud)


Semua wanita Islam pasti jelas dengan konsep aurat itu.

Persoalannya, mengapa terdapat wanita Islam hanya menutup aurat di dalam Solat tetapi kembali mendedahkan rambut dan aurat tubuh badan setelah selesai Solat ? Fikirkan.

Ini bermaksud, mereka sebenarnya sedar akan kewajiban bertudung dan menutup aurat di dalam kehidupan harian tetapi mereka cuba men-tidak peduli-kannya (ignore) akan hukum tersebut atas sebab-sebab tertentu antaranya seperti:

  • Faktor kerjaya, di mana 'tutup aurat' menjadi penghalang.
  • Faktor kecantikan, di mana tudung menghalang kebebasan fesyen dan tunjuk kecantikan.
  • Faktor kemalasan, atas alasan panas, rimas dan leceh.

Kera Hanya Bertudung Bila......

Kera:
Definisi 2 dan 3

..................

Pelik tapi benar. Pedih tapi realiti. Kera yang mendapat tudung akan memakai tudung itu, TETAPI bukan dalam setiap masa yang diwajibkan. Kera akan bertudung mengikut kesesuaian situasi dan suka-suka hati beliau. Kera lazimnya akan bertudung bila...


1. Ziarah Kubur@Seseorang Yang Nazak


Bagus, pakai tudung sebagai tanda hormat . Menziarah seseorang yang telah meninggal dunia patut meninggalkan keinsafan pada diri. Sempatkah beliau bertudung dan menutup aurat dengan sempurna sebelum mati yang datang tiba-tiba ? Itupun, kera masih tidak bertudung lagi...dengan alasan belum bersedia..


2. Hadir Mahkamah Syariah

Sepanjang hidup berumah tangga jarang-jarang sekali menyentuh tudung. Bila dalam proses cerai dengan suami, maka terpaksa berurusan dengan mahkamah syariah. Di sana pula, dimestikan tutup aurat. Maka kera terpaksalah bertudung...kerana prosedur..


3. Akad Nikah Dalam Masjid

Ada mereka yang siap lengkap bertudung dan menutup aurat bila akad nikah. Mungkin adanya sedikit 'respect' pada (masjid ) rumah Allah atau mungkin malu pada Imam. Malangya, bila sampai hari persandingan, kera pun membuang tudung dan pakaian tutup auratnya, lalu memakai pakaian-pakaian pengantin yang ketat, jarang dan nampak sini-sana untuk nampak glamour..


4. Pegang Watak Perempuan Alim Dalam Drama

Dirinya yang sebenar adalah "kaki tidak bertudung tegar", tetapi pengarah drama suruh pakai tudung dalam 'scene' sebab mahu menghidupkan watak. Maka kera terpaksalah bertudung...


5.Pergi Sekolah

Pakai tudung tudung untuk cukup syarat sahaja kerana mahu lengkapkan pakaian seragam sekolah. Bila keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan , kera mula membuang tudungnya...


6. Dalam Pejabat
Kalau tak pakai tudung nanti kena umpat oleh rakan sepejabat ataupun nanti kena 'sound' dengan bos ataupun takut dikritik oleh klien. Nak jaga periuk nasi punya pasal, kera terpaksalah bertudung...

7. Kenduri Kahwin
Itupun sesetengah kenduri kahwin sahaja pakai tudung. Pakai sebab nak tunjuk style tudung terkini yang dipadankan dengan baju kurung terbaru kepada para tetamu yang hadir. Ataupun mungkin malu pada sanak-saudara yang dah biasa lihat beliau bertudung. Maka, kera pun bertudunglah...

8. Pergi Haji Dan Umrah
Bagus, pakai tudung dan jubah lengkap menutup aurat bila pergi ke Tanah Suci. Tetapi, bila balik ke Malaysia, kera kembali membuang tudung dan memakai ketat-ketat semula. Kera yang tidak sungguh-sungguh bertaubat dan membetulkan dirinya...ikut perangai lama semula.

..........................................
Memanglah soal dosa dan pahala urusan Allah. Tetapi kalau sudah terang-terangan main-main dengan kepentingan "bertudung" yang diwajibkan oleh Allah, masih bolehkah kita berkompromi ?


**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin