Kamus Dewan Serbaguna

Kera:

1. Sejenis haiwan spesis monyet.
2. Analogi peribahasa: Bermaksud individu yang jahil dalam memahami dan menghayati sesuatu.
3. Konteks blog ini: Wanita yang mempermainkan kewajiban tudung, bertudung secara pura-pura, bertudung tidak sungguh-sungguh dan bertudung demi fesyen.

Kera Hanya Bertudung Bila......

Kera:
Definisi 2 dan 3

..................

Pelik tapi benar. Pedih tapi realiti. Kera yang mendapat tudung akan memakai tudung itu, TETAPI bukan dalam setiap masa yang diwajibkan. Kera akan bertudung mengikut kesesuaian situasi dan suka-suka hati beliau. Kera lazimnya akan bertudung bila...


1. Ziarah Kubur@Seseorang Yang Nazak


Bagus, pakai tudung sebagai tanda hormat . Menziarah seseorang yang telah meninggal dunia patut meninggalkan keinsafan pada diri. Sempatkah beliau bertudung dan menutup aurat dengan sempurna sebelum mati yang datang tiba-tiba ? Itupun, kera masih tidak bertudung lagi...dengan alasan belum bersedia..


2. Hadir Mahkamah Syariah

Sepanjang hidup berumah tangga jarang-jarang sekali menyentuh tudung. Bila dalam proses cerai dengan suami, maka terpaksa berurusan dengan mahkamah syariah. Di sana pula, dimestikan tutup aurat. Maka kera terpaksalah bertudung...kerana prosedur..


3. Akad Nikah Dalam Masjid

Ada mereka yang siap lengkap bertudung dan menutup aurat bila akad nikah. Mungkin adanya sedikit 'respect' pada (masjid ) rumah Allah atau mungkin malu pada Imam. Malangya, bila sampai hari persandingan, kera pun membuang tudung dan pakaian tutup auratnya, lalu memakai pakaian-pakaian pengantin yang ketat, jarang dan nampak sini-sana untuk nampak glamour..


4. Pegang Watak Perempuan Alim Dalam Drama

Dirinya yang sebenar adalah "kaki tidak bertudung tegar", tetapi pengarah drama suruh pakai tudung dalam 'scene' sebab mahu menghidupkan watak. Maka kera terpaksalah bertudung...


5.Pergi Sekolah

Pakai tudung tudung untuk cukup syarat sahaja kerana mahu lengkapkan pakaian seragam sekolah. Bila keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan , kera mula membuang tudungnya...


6. Dalam Pejabat
Kalau tak pakai tudung nanti kena umpat oleh rakan sepejabat ataupun nanti kena 'sound' dengan bos ataupun takut dikritik oleh klien. Nak jaga periuk nasi punya pasal, kera terpaksalah bertudung...

7. Kenduri Kahwin
Itupun sesetengah kenduri kahwin sahaja pakai tudung. Pakai sebab nak tunjuk style tudung terkini yang dipadankan dengan baju kurung terbaru kepada para tetamu yang hadir. Ataupun mungkin malu pada sanak-saudara yang dah biasa lihat beliau bertudung. Maka, kera pun bertudunglah...

8. Pergi Haji Dan Umrah
Bagus, pakai tudung dan jubah lengkap menutup aurat bila pergi ke Tanah Suci. Tetapi, bila balik ke Malaysia, kera kembali membuang tudung dan memakai ketat-ketat semula. Kera yang tidak sungguh-sungguh bertaubat dan membetulkan dirinya...ikut perangai lama semula.

..........................................
Memanglah soal dosa dan pahala urusan Allah. Tetapi kalau sudah terang-terangan main-main dengan kepentingan "bertudung" yang diwajibkan oleh Allah, masih bolehkah kita berkompromi ?


**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin